A JeDi Journey (there is no certainty, only opportunity)
yesterday padawan will become tommorow jedi

Feb
07

Aku sangat yakin dengan mengajar, kita akan dapat lebih banyak ilmu. Sangat menarik perkara ini. Dulu aku malas nak ngajar orang, pasal aku selalu rasa diri ini tak layak. Tapi disebabkan incident yg telah aku ketahui dari rakan keje, aku ambil keputusan utk ngajar 2 budak fresh pasal programming.

Cabaran utama adalah nak start dari mana? Adakah perlu aku terangkan syntax? Adakah perlu aku lemaskan mrk dengan best practices in programming? Atau adakah perlu aku mula dengan OOP konsep?

Aku amik keputusan dengan start with OOP concept. Memodelkan masalah kepada OOP konsep adalah sesuatu yang payah. Skang nih aku cuba beri penekanan pada attribute dan juga behaviour dalam class. Nampaknya mrk berjaya serap walau tak sepenuhnya.

Antara sebab aku mengajar adalah utk improve way to communicate intend.

Logik aku adalah, code yang aku tulis sepatutnya difahami oleh newly joined person. Kalo tak code aku bukanlah simple lagi highly cohesion spt disangka. So dengan mengajar, aku harap aku leh dapat memahami cara menulis code sesimple boleh.

Aku tak dapat bayangkan bagaimana seorang senior boleh mempertikaikan kemampuan newly joined yang tidak tahu menahu pasal design pattern. Setahu aku kebaikan design pattern adalah supaya kita ada common understanding between developer. Tapi dengan mempertikaikan, bukan sahaja newly joined akan rasa kecewa malah silap hb malah mengurangkan teamwork. Tak guna juga kalo design pattern ditulis tidak difahami oleh developer lain.

Jan
30

Aku rasa kita dah biasa dengar orang2 tua kita cakap:

  • jadi engineer
  • jadi doctor
  • jadi arkitek
  • jadi businessman
  • jadi tah aper2 lagi laa

So ader pattern kepada kenapa orang tua kita cakap camtuh. Antaranya:

  • nak kita lagi success dari mrk
  • nak kita hidup senang
  • nak hidup kita ader pendapatan stabil
  • and so on yang aku lupa nak cakap

Aku memang minat sangat ngk national geographic kat astro. Antara favorite host aku adalah dr brady barr. Aku tak dapat bayangkan camner ekspresi parent dia bila dapat tahu scope keje anak dia. Tapi tak dapat dinafikan mental state and exposure antara orang kita dan mrk amatlah berbeza. Sebab utama beza kenapa barat lebih success dari kita pasal mrk lebih kepada sifat adventurous. And kita lebih kepada stability and jaga periuk nasi sendiri. Heh cam langit and bumi.

Camner agaknya generasi akan datang di bumi mesia nih agaknya? Adakah mrk akan didik oleh kita dengan conventional wisdom dalam mencarik kerjaya( spt kita )? Ataupun adakah akan ader paradigm shift?

Jan
28

Dulu masa zaman aku muda2 dulu, aku belajar punya course mainly pasal networking. Then that time biasa laa student kan, tak mampu nak beli buku original. Yelah, 1 buku mau around RM 150 – RM 200 . Typical price for it book I guess. So ramai laa budak yang fotokopi buku pasal nak jimat coz. Biasa laa, student bukan tolak cukai pun kalo beli buku original. Alaa budak2 nak beli buku nih bukan pasal nak belajar pun kot, semua pasal nak score dalam exam. So berbaloi ker beli buku tuh?

Ok time aku keje pulak. Zaman yang femes dengan ebook. Ko carik laa title pape kat google semua akan kuar dia punya ebook version. Tapi title mutiara yang hilang tak pulak aku jumpa ebooknya hehe. Anyway nak jimat coz, maka aku pun print laa chapter mana aku rasa perlu. Zaman nih dah takde exam. So sebab di atas not applicable for me.

Masa aku kat ex company aku sblm nih, aku ader lebihan duit utk aku rembat buku almost everymonth. Sebab aku rasa cam tak baper molek asik nak print buku jer. Yelah sebagai tanda aku menyokong industry IT. Kesian mamat2 yang karang buku tuh siang dan malam. Aku tak tahu kenapa, tapi bila aku pegang buku aku terasa diri aku lebih pandai. And bila aku abis baca cam aku rasa dah pandai sikit.

Aku akan print mana2 chapter dalam ebook yang aku rasa relevan. And kalo aku rasa buku tuh molek maka aku akan beli buku tersebut. So marilah kita menyokong industry kita dengan membeli yang original. Maybe berkat dia lebih kuat kot.

Jan
23

Tajuk aku kali nih sangat laa mudah. Ramai orang perhatikan aku nih cam giler babi tak suka orang keje gov. Since hari tuh wedding sorang sahabat, aku rasa macam tak manis pulak nak berdebat kat situ.

BRAND….atau jenama. Setiap kita mempunyainya. And same goes with the organization that we work for. So katakan sy keje dengan 1 company it nih, kalo orang cakap company nih tak bagus maka sy sendiri pun akan terpalit sama. Walaupun ramai akan pertikaikan cakap, “alaa tuh company bukan aku” tetapi haruslah kita ingat bahawa “gabungan kerjasama individu yang akan memandu sesebuah oraganisasi”.

So aku perhatikan, ader ini sebuah organisasi yang govern negara aku. Kita namakan organisasi ini sebagai G. Maka ramai lah sahabat sy bekerja dengan G ( dari yang membuat polisi sampai laa ke bidang pendidikan ). G nih banyak tau fungsinya. Tak perlu laa aku sebut sebab aku tahu ramai pembaca blog aku nih leh pk sendiri. Aperkah penunjuk aras kejayaan G pada masa kini?

  • FDI?
  • Jumlah investment kuar dari negara sy?
  • banyak lagi tapi sy tak terpk laa..nanti sy research lagi yer

So kalo G gagal dengan task diatas, maka adakah salah utk seseorang spt sy berasa tak suka? tak salah kan? Sebab sy sangat laa tertekan disebabkan coz hidup yang makin meningkat. GST dan minyak yang pasti akan naik nak cover loop hole kat atas nih. Bila aku nengok kawan aku keje dalam G, yang aku nampak adalah COST….and bukan PROFIT.

Dalam 2 bulan kebelakangan ini, process cost cutting berlaku dalam ex company aku. Its understandable. Tapi utk kes G? alahai…

Korang paham ker aper aku bebel nih?

Jan
23

So jodoh aku dengan company skang baru berakhir semalam. Aku mengambil keputusan sudah masa utk berhijrah. Kiranya nih lah 1st time aku join company MNC. Sebelum nih aku dah pernah join company local dan juga GLC.

Secara jujur aku rasa aper yang terbaik di L adalah environment dia. People power. Ko ader boss technical yang sangat memahami. Nih bukan cam pointy haired boss macam dalam dilbert. Lagi 1, aku rasa myth pasal racist dalam MNC adalah salah sama sekali. All level of poeple will be treated the same.

Di company nih laa aku belajar pasal buat web aps from scratch. Pengalaman yang sangat berharga, dan aku amat berterima kasih kerana diberi kepercayaan. Maybe pada pendapat sesetengah orang rasa “alaa aper sangat laa webaps, berlambak skang orang write webaps”. Cuma webaps utk dunia keparat kena pulak yang financial institution adalah sangat berbeda.

Selain tersebut, pengalaman card processing ( ISO 8582 ) utk projek oil and gas sangat laa membuka mata aku. Tak pernah dalam hidup aku melihat sebegitu banyak integration between system dan juga POS ( nih bukan pos mesia laa ). Malang sekali peluang utk pergi ke uk buat projek nih melibatkan ikatan. Sangat sedih. Ingatkan sekali jer dah cukup.

Overall aku sangat laa gembira di L. Kalo ader individu mau bekerja di L memang aku sangat sarankan mrk pergi. U will feel at home in no time.

Ohh sebab aper aku blah dari L? Offer lagi bagus dari company lain, tuh jer. Takder laa sampai riban2 pun, tapi cukup kot nak tampung kenaikan harga barang utk setahun nih akibat GST and minyak. So dah tahu nak salahkan saper?

Dec
23

Jawapan aku mudah saja….bz laa takde sebab lain. System nak live nationwide. Bugs fixing. CR lagi.

Memang otak ko takde idea details nak ngarut aper dalam blog. Lagipun aku ader twitter and friendfeed. Rasa lagi mudah pakai benda alah tuh.

Cuma pasni aku nak bebel pasal:

  • pengalaman keje aku selama nih 1 tahun 5 bulan
  • menjawab sebab kenapa aku tak suka gov servant ( aku rasa ikram ader sebut kot time wedding nadia )
  • Oh yer…pasal groovy. Nak compare dengan testing dalam java
  • and pasal grails
Nov
10

berbalik kepad last post aku beberapa bulan yang lepas. Aku ader membebel pasal ketuanan SAP ( System Ader Problem ). So setelah 2 tahun, persepsi aku pada SAP telah berubah. Biasa laa masa 2 tahun lepas tuh aku berdarah panas. Rasa bengang coz time tuh Java development dianggap kasta bawahan di organisasi tersebut ( tuh pasal aku blah ).

So dari aper aku paham pasal SAP. System Ader Problem nih sebenarnya adalah ERP ( Enterprise Resource Planning ). Consisting banyak module dari HR, FO, FI SD and banyak lagi. Setelah beberapa tahun menganalisa, module fames dari SAP memang bagus utk company yg business operationnya ALIGN dengan aper SAP buat. Kalo tak ALIGN tuh mrk try customize pakai configuration FUNCTIONAL and lastly code pakai ABAP.

So since persepsi aku skang dah berubah pasal SAP, so takkan nak panggil System Ader Problem. Meh laa aku tukar kepada nama yg lagi sesuai:

System Ader Pengeras

Alasannya mudah jer. Anda kena invest banyak duit nak pakai benda alah nih. And gaji orang2 dalam SAP adalah besar. Aku pun galakkan kawan aku amik sijil SAP. Saper nak kaya amik laa SAP.

Oct
28

If a company were a gf, I would like say something like this….

“its not u, but its just me”

To end a relationship

 

Oct
24

Dah lama aku tak update blog aku. Project skang dah abis then aku pulak skang dalam posisi unassigned. So maksudnya takde project and duduk office kira cicak kat dinding. Aku sedang membuat kalkulasi utk tender surat cinta pada minggu depan and sign LOE bersama company baru. Boss kat sini agak pissed off, mintak tempoh 7 hari lagi start next week. Tapi memang tak dapat laa aku nak tolon kali nih.

Ok tujuan nak bebel nih pasal budget yang orang dok kecoh. Rata2 gov servant bising pasal takde bonus. Aku tak sure ker ader bonus ker tak pasal aku tak amik port sangat pasal bonus tuh.

Cuma aku agak terkesima:

  • 72% utk mengurus? operating cost sampai 72%? Giler aper. Bagi pendapat aku tuh terlalu banyak. Nih bukan logik biasa yg mrk pakai nih. Kalo ko company yang bagus, ko akan try eliminate operating cost and tambah profit banyak2. Maybe ader orang pertikai gov lain cara handle, cuma aku yakin mrk tak paham maksud efficient
  • 27.8% utk pembangunan? wehh sikit nih.  Jauh sangat dengan budget mengurus.
  • Tambah IPTA? Bagus. Tapi kalo peluang pekerjaan kat luar sana tuh sikit, toksah laa tambah banyak sangat.

Aku dari dulu rasa GOV civil service size dia sangat la besar. Dengan budget nih nampak sangat cost pengurusan tuh utk tampong pekerja2 civil. Dengan tak nampak peluang pekerjaan sangat kat luar tuh, aku dapat rasakan makin banyak bebudak grad end up in G*V. Tambah lagi laa kos pengurusan utk tahun depan yer?

Sep
20
2nd base

2nd base