A JeDi Journey (there is no certainty, only opportunity)

yesterday padawan will become tommorow jedi

Archive for the ‘anger’ Category

ketuanan SAP ( last part )

without comments

berbalik kepad last post aku beberapa bulan yang lepas. Aku ader membebel pasal ketuanan SAP ( System Ader Problem ). So setelah 2 tahun, persepsi aku pada SAP telah berubah. Biasa laa masa 2 tahun lepas tuh aku berdarah panas. Rasa bengang coz time tuh Java development dianggap kasta bawahan di organisasi tersebut ( tuh pasal aku blah ).

So dari aper aku paham pasal SAP. System Ader Problem nih sebenarnya adalah ERP ( Enterprise Resource Planning ). Consisting banyak module dari HR, FO, FI SD and banyak lagi. Setelah beberapa tahun menganalisa, module fames dari SAP memang bagus utk company yg business operationnya ALIGN dengan aper SAP buat. Kalo tak ALIGN tuh mrk try customize pakai configuration FUNCTIONAL and lastly code pakai ABAP.

So since persepsi aku skang dah berubah pasal SAP, so takkan nak panggil System Ader Problem. Meh laa aku tukar kepada nama yg lagi sesuai:

System Ader Pengeras

Alasannya mudah jer. Anda kena invest banyak duit nak pakai benda alah nih. And gaji orang2 dalam SAP adalah besar. Aku pun galakkan kawan aku amik sijil SAP. Saper nak kaya amik laa SAP.

Written by peysal

November 10, 2009 at 11:14 pm

Posted in anger

Tagged with

Bajet yg pelik 2010

without comments

Dah lama aku tak update blog aku. Project skang dah abis then aku pulak skang dalam posisi unassigned. So maksudnya takde project and duduk office kira cicak kat dinding. Aku sedang membuat kalkulasi utk tender surat cinta pada minggu depan and sign LOE bersama company baru. Boss kat sini agak pissed off, mintak tempoh 7 hari lagi start next week. Tapi memang tak dapat laa aku nak tolon kali nih.

Ok tujuan nak bebel nih pasal budget yang orang dok kecoh. Rata2 gov servant bising pasal takde bonus. Aku tak sure ker ader bonus ker tak pasal aku tak amik port sangat pasal bonus tuh.

Cuma aku agak terkesima:

  • 72% utk mengurus? operating cost sampai 72%? Giler aper. Bagi pendapat aku tuh terlalu banyak. Nih bukan logik biasa yg mrk pakai nih. Kalo ko company yang bagus, ko akan try eliminate operating cost and tambah profit banyak2. Maybe ader orang pertikai gov lain cara handle, cuma aku yakin mrk tak paham maksud efficient
  • 27.8% utk pembangunan? wehh sikit nih.  Jauh sangat dengan budget mengurus.
  • Tambah IPTA? Bagus. Tapi kalo peluang pekerjaan kat luar sana tuh sikit, toksah laa tambah banyak sangat.

Aku dari dulu rasa GOV civil service size dia sangat la besar. Dengan budget nih nampak sangat cost pengurusan tuh utk tampong pekerja2 civil. Dengan tak nampak peluang pekerjaan sangat kat luar tuh, aku dapat rasakan makin banyak bebudak grad end up in G*V. Tambah lagi laa kos pengurusan utk tahun depan yer?

Written by peysal

October 24, 2009 at 7:16 am

Posted in anger, financial, life

Tagged with

JAM…kul 5

without comments

Tak tahu kenapa…bila aku kuar office dari:

  • client office aku dekat digital mall
  • office dengan uptown

Yang pasti memang kuar2 jer dah JAM. Paling best nak masuk shah alam pun JAM dia takleh blah.

Solusi aku buat masa nih amik nkve sampai klang. Then tembus belakang shah alam area seksyen 7.

Pasni nak try tembus setia alam lak….

Written by peysal

August 26, 2009 at 11:13 pm

Posted in anger

Tagged with

Ohh..dah ready nak akad nikah?

with 8 comments

serius…jawapan aku adalah tidak pada masa kini. Aku punya target umur 29 baru nak kawin. Since aku nak muakkan diri aku dengan hidup seorang diri.

Tetiba persoalan penting muncul dalam hidup aku. Aku nampak perkahwinan sebagai perkongsian. Yes sharing. Semua benda yang share dalam hidup nih adalah baik. Sebagai contoh TORRENT. So bila orang cakap pasal kawin, aku paling SUKA concept TEAMWORK in marriage.

Bayangkan, suami ( aka TEAM lead )

  • kuat MENGARAH…planning tak nengok kesesuaian
  • tak memahami masalah orang dipimpin
  • tak reti motivate

Dan bayangkan si isteri ( aka part of TEAM )

  • mengHARAP banyak benda datangnya dari suami
  • langsung tak memahami plan diberi
  • tak bekerjasama

Aper jadi bila gandingan ini diteruskan? perpisahan for sure laa. Pasal kita tahu, contoh di atas memang TIADA TEAMWORK. So suami isteri, aper yang penting? KERJASAMA ( dengan nada wonderpets )

Ok kepada yang nak kawin. Kalo pasangan anda reluctant berkerjasama, beri nasihat. DEGIL lagi? DUMP and move on.

Written by peysal

June 30, 2009 at 11:53 pm

Posted in anger, life

Tagged with

kutuk diri sendiri and kutuk orang lain

with one comment

Bila bekerja di sektor swasta, kena kutuk:

  • semuanya sebab duit!!! duit duit duit.
  • alrite cost mesti kasi rendah tau, tapi itu output saya mau yang terbaik
  • hek eleh aper laa sangat kalo pelbagai bangsa
  • perasan cam keje ko jer yang keje susah
  • konon sektor nih yang terbaik sebab stiff competition, haprak laa weh
  • alahai nak buat loan pun susah nak lulus ker
  • alaa kena kerahan tenaga siut, berbaloi ker?
  • ader berani masuk sektor awam?

Sektor awam kena kutuk,

  • hmm nih environment utk santai, keje kena relax beb
  • alahai keje tak seberapa pura2 cam susah keje pulak
  • mana output? training banyak, seminar sana situ aper lagi yang kurang?
  • berlagak bagus!!! keje tak seberapa
  • ader berani mau masuk sektor swasta?

Nih laa akibat bila rasa terlebih nak bersaing. Aper bersaing? Yes utk menunjukkan yang nih and tuh lebih baik dari yang lain. Kita ader sebab masing2 kan. Yang kat atas nih memang ader benarnya.  Aper rasa tak puas hati and nak tambah? silakan….

Written by peysal

May 29, 2009 at 12:17 am

Posted in anger

Tagged with ,

Di mana kita berada?

with one comment

Memang menarik pengalaman aku berada di negara orang. Kebanyakkan orang rasanya memang mengagungkan UK. Negara maju yang London merupakan pusat kewangan dunia. Kota metropolitan nih menjanjikan pelbagai jenis ragam manusia utk dilihat. Jika pemimpin negara aku sibuk cakap kononnya Malaysia di mana rakyat berbilang kaum hidup aman, maka aku nak cakap kat UK pun orang hidup aman so aper laa sangat Malaysia.

Well aku paling suka pasal UK adalah sistem westminister mrk. Ohh yer kita Malaysia pun westminister gak cuma celup main amik mana yang best jer kot. Agak berbeza kat sini di mana MP nya sibuk berdebat, memberi penjelasan pasal isu rakyat especially bab dah recession nih. Kita nengok pemimpin kita kat mesia, alahai sedihnya nengok. Aku cuma terfikir adakah lebih baik mempunyai pemimpin bukan melayu tapi berjiwa rakyat? 

Paling best siaran langsung debat dia. MP gov and opposition duduk dekat jer, takde luas2 cam kita kat mesia yang baru aku terpk membazir kan ruang jer kat parlimen. Tapi bila cakap pasal membazir nih, kita sedang bercakap pasal kerajaan mesia. So rasanya cam sinonim. Agak sudah terpahat, GoV = inefficient, corrupted, slow and macam2 benda negatif laa.

Macam tak puas lagi sesi bashing aku nih. Still rasa nak bash aper2 yang related dengan Gov. Mungkin ada orang akan cakap, “masuklah gov, buat laa perubahan dari dalam”. Tapi ini adalah comment proffesional aku. Sebab aku tax payer maka aku adalah pemegang saham dalam gov. Dan GoV, anda adalah SERVANT, do DELIVER. But what the heck, buat membazir jer aku membebel. 

Takkan aku nak cakap, please DELIVER what u said regarding about berjimat cermat, COZ aku rasa GoV terlalu bangang utk memahaminya. Banyak sangat teori. Implementation and delivery camner?

So aper yang leh kita bangga dengan GoV kita? Kat mana kita berada skang?

Written by peysal

December 16, 2008 at 7:07 pm

Posted in anger, life

Tagged with

Kenaikan cost di negara kita…di mana punca?

with 3 comments

di sini saya senaraikan beberapa link utk kita kongsi bersama, berdasarkan tajuk di atas.

  1. Where are all the money from taxes going to?
  2. It’s your Money – Why Reforming the Civil Service Will Help Malaysia
  3. Mid-term Review of the 9th Malayia Plan (9MP)

Mungkin link diberi boleh memberi kita gambaran camner cara gov kita berfungsi.

Aku still dengan pendapat aku utk mengurangkan jumlah kakitangan awam kita ke tahap nisbah spt mana yang ader di US atau UK.  Semua orang disuruh berjimat..BENAR. Maka dengan ini aku nampak gov sendiri pun haruslah berjimat. Tak kisah laa DOWNSIZING, BUANG ORANG atau aper2 cara pun.

Mungkin ader pihak aku menempelak cara aku. Kononnya ini bukan cara yang betul. Takut nanti orang yang dibuang ini nak keje aper kan? Tapi aku rasa goverment servant memang mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat, the TAX PAYER. Maka pengorbanan sebegini adalah diperlukan di atas nama PENJIMATAN.

Written by peysal

June 24, 2008 at 6:12 am

Posted in anger, life

Tagged with

aghhhh api

without comments

Pelik laa. Untuk developer dari applikasi lain mrk suka betul cakap benda aku tak paham. Walaupun kitaorang dah sertakan kitab ajaib sebagai sumber standard antara semua applikasi.

Bila berkomunikasi hendaklah cakap sesuatu yang STANDARD yang akan difahami oleh semua orang. Kalo ko cakap benda tak standard camner orang lain nak paham.

Adakah aku marah?? betul. Adakah aku nak tempeleng orang?? kalo diberi peluang nak gak.

Written by peysal

January 17, 2008 at 1:54 am

Posted in anger

SAP…wtf can u do??

without comments

sori aku bukan nak menghina SAP. cuma aku curious kenapa orang cakap SAP power. Keliru teramat sangat. Dulu ex boss aku cakap orang2 SAP nih level mereka just a customizer. Tah laa aku pun tak tahu nak cakap aper.

Di tempatku kerenah SAP menyebabkan aku terasa mual dengan SAP. Mungkin vendor yang saja taknak tunjuk skill?? Or maybe our own developer cam takleh handle design flaw yang ditinggalkan oleh vendor?? pape pun aku mual dengan nama SAP.

Aghhh pelawak2 berambus laa korang ke neraka!!!!!!

Written by peysal

December 5, 2007 at 8:47 am

Posted in anger

erkk…aku dah lembik

without comments

aku dah lembik…..senangkan?? 2 minggu nih aku rasa sensasi sangat dalam pengalaman aku bekerja. Di mana aplikasi ko digunakan oleh orang lain. Rasa bangga?? Benar ( atau dalam bahasa planet ultraman yakni 1). Tapi perasaan yang lebih kuat adalah takut, yelah ko leh dengar mereka comment macam2 ( nih report ker aper nih??, tak cantik pun…, aku takde space nak cop laaa). Sabar jer laa

Pastu lagi best time stress test. Aku dan master jedi aku teramatlah tertekan jadi orang tengah. Anta cepat salah, anta laju salah, kalo anta ko terlupa benda tuh ko dah anta pun salah. Yelah kitaorang punya makhluk memang anta cepat once dapat. Lain laa ader makhluk tuh…pantang format lari jer semua muntah balik merajuk, mogok, takmo buat keje ( giler laa rigid, weh jin korang takleh flexible sikit ker, dah laa makan telur ayam berjuta2 ). Frust giler aku!!!!!

AGHHHHHH!!!!!! i’m gonna kill someone!!!!!!!
Amik light saber pergi hayun kat site lain muakakakakaka ( into the dark side )


memang aku terasa letih sangat2. Keje sambung on saturday, then kalo tak kena on sunday. Terasa dah lampu ultraman aku nyala merah dah nih. Bertahan peysource..u can do it…….mu…s.t…..sur…v…..i……………v……………………e..

Written by peysal

March 24, 2007 at 11:44 am

Posted in anger