A JeDi Journey (there is no certainty, only opportunity)

yesterday padawan will become tommorow jedi

Archive for the ‘politics’ Category

politik dan tidak bekerja

with 2 comments

Kelakar…itu yang aku dapat simpulkan dengan situasi politik negara kita. Di saat krisis ekonomi berada tidak jauh, badut2 yang menjawat jawatan tertinggi sedang bertungkus lumus merampas kuasa dari pemimpin pilihan rakyat.

Tak pasti ini adalah perkara yang benar atau tidak. Tapi ramai sedar aku nih cam PEMBERONTAK. Asik nak belasah gov, tak pun kakitangan awam. Ader jer tak kena pada pihak berkenaan pada mata aku.

Pasal kakitangan awam tuh aku susah nak comment. Banyak yang just carik makan, menyara diri. Yang melaksanakan tugas orang cakap. Walaupun kalo aku comment pasal mrk membazir pun, tapi hakikatnya mrk bukan orang yang membuat dasar. So takper laa, buat masa nih aku akan pause kejap sesi bashing.

Menarik betul jika kita perhatikan keadaan perak. Aku kagum dengan penyertaan beberapa adun ke BN. Ramai orang menembak Anwar, pasal mamat nih bising dulu nak suruh crossover tapi tak jalan pun. Tapi mari kita pk kebaikan perkara ini kepada pihak PR;

  • dapat membersihkan diri dari kekotoran and calon yang tiada kualiti
  • akan menjadi ransangan kepada rakyat bagaimana BN bekerja ( cara mrk gunakan )
  • mendapat simpati rakyat.

Dan utk pihak BN pulak, antara kebaikan ini adalah

  • berkuasa di perak ( pembangunan akan dilaksanakan, kot )
  • sebagai moral support, dari kekalahan berturut2 pilihan raya sblm ini
  • membuktikan ada adun2 PR yang kurang berkualiti

 

Tapi aku musykil betul laa. Susah sangat ker PILIHANRAYA? Lagi musykil rakyat Perak terseksa ker selama nih dengan PR?

Written by peysal

February 9, 2009 at 10:25 am

Posted in politics

Tagged with ,