Posts Tagged ‘anger’
This is MaDneSS!!!!
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20080606000223/Article/index_html
Secara langsung ini selaras dengan hasrat mewujudkan masyarakat penyayang, adil dan saksama.
Seperti yang dijelaskan Perdana Menteri sebahagian besar daripada penjimatan sebanyak RM13.7 bilion yang dijangka diperoleh daripada pelbagai langkah pengstrukturan semula itu akan dipulangkan kepada rakyat menerusi rebet dan pelbagai subsidi.
Ini termasuk RM4 bilion untuk jaminan bekalan makanan negara, RM1.5 bilion untuk subsidi minyak masak, RM400 juta subsidi pembelian beras import, RM200 juta subsidi tepung, RM100 juta subsidi roti dan RM7.5 bilion subsidi petrol, diesel dan gas.
Dengan itu, golongan yang tidak bertanggungjawab serta tamak yang selama ini menyeleweng dan menyalahgunakan pelbagai bentuk subsidi kerajaan untuk rakyat yang memerlukan, pasti akan berputih mata.
Datuk Abdul Rahman Sulaiman, bekas Ketua Pengarang Bernama, adalah Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri
Hmm tima kasih kepada fadhlan…kerana mengejutkan aku.
Aku tak tahu laa camner jabatan kerajaan berfungsi. Aku tahu a bit so takde laa expert sangat. Tapi secara logikal aper jadahnya…bekas Ketua Pengarang Bernama jadi Pengarah Unit Perancang Ekonomi kat Jabatan Perdana Menteri. Aper sebenarnya dalam gov kita??
Semalam lagi menarik bila aku dengar cadangan dari seorang kakitangan awam kat tv3. Dia leh cakap supaya gov menimbang utk memberikan faedah tambahan utk kakitangan gov mengharungi perit bila subsidi minyak dikurangkan. So kakitangan swasta lak camner?? Kitaorang bayar income tax dan kitaorang tak dapat banyak faedah, what the fuck!!! Aku taknak persoalkan tahap beza quality, mindset, skill orang keje swasta and gov secara keseluruhan coz benda nih jadi panas nanti.
Aku rasa jumlah kakitangan awam kat negara kita nih amatlah banyak kalo diambil nisbah jumlah penduduk kat negara kita. Kalo salah sila sesiapa betulkan dengan memberikan jumlah sebenar. Aku rasa kalo kira REFACTOR( retrench, VSS) balik all our gov agency, most probably kita leh save a lot dan mungkin subsidi kita leh dikekalkan utk sementara waktu. Banyak lagi cara lain. Tapi aku sajer nak amik approach nih utk penjimatan jangka panjang.
why did we use System Ader Problem??
ketuanan sistem comp…part 1
Skang nih aku baca paper mana2 kecoh orang bising pasal ketuanan. Bila aku pk balik konsep ketuanan nih cam ader kena pulak dengan pengalaman keje aku. Maka dengan ini aku cuba membuat suatu abstraction. Mana2 programmer/developer/software engineer yang takleh buat abstraction memang susah laa nak buat OOP.
Dulu time aku zaman belajar. Aku rasa semua programming language adalah sama. Maksud aku dari segi kasta pandangan management mahupun orang2 technical. Coz aku percaya there is no silver bullet in software development. Ader pro and cons nya bagi setiap sesuatu.
Tapi aku silap. Dead wrong spt kata orang putih. Aku tak sangka diskriminasi masih dilakukan di sesuatu organisasi. Skang nih ramai orang terpegun, tergamam dengan kehebatan marketing suastu penyelesaian applikasi yang aku saja beri pemalar SAP (ohh nih bukan aper korang pkkan, nih adalah Sistem Ada Problem).
SAP tidak boleh disanggah. Berbekalkan wakil2 vendornya mrk menyampaikan ajaran bahawa SAP adalah penyelesaian kepada semua sistem keparat. Inilah sindrom ‘ketuanan‘. Penyelesaian kepada sesuatu permasalahan business (domain problem) yang kononnya flexible. Antara fakta menarik ketuanan SAP yang aku nampak
- hardware kena mantap. Ko channel laa semua it budget ko beli hardware utk benda alah nih. Dia ader environment khas dia sendir.
- Semua benda run under server dia. Dari ko type code sampai laa ko run. ( haha macam zaman dulu2 ko code then kena anta pada machine besar(mainframe) utk dia run output ko)
- gaji mantap. Ketuanan ini menjamin pulangan pendapatan yang lumayan. Walaupun keje tak seberapa.
- best bizniz run on ‘bermasalah punya sistem’. Itu lah kata2 meraka. Dan aku nampak kejayaan ketara depan mata profit skang -berjuta2( minus/negative ).
- Oh yer. Kalo business process anda tak selari dengan Sistem Ader Problem. Maka…BUSINESS PROCESS ANDA ADALAH SALAH DAN HARUS IKUT CARA KAMI (“semua syarikat besar pakai sistem kami, proven laa our business process” – petikan salah sorang marketing Sistem Ader Problem).
Ini adalah sesuatu akta di dalam perlembagaan sesuatu persekitaran keparat berkaitan tentang software development. Sesiapa yang dilahirkan sebagai ‘SAP’ mempunyai ketuanan tersebut. Tak lupa juga mana2 pihak yang telah di brainwash oleh marketing ‘problem sama itu sistem’ , mrk percaya pada ‘ketuanan’ ini.(aku cuba translate kepada bm, yang ader slang chinese).
Saya ulang sekali lagi. Ini adalah abstraction seorang manusia/programmer. Sesuatu abstraction adalah abstract. Di mana mungkin ader orang tak setuju dengan saya. Dan mungkin ada setuju. Anda bebas berkata apa pun.
p/s: Seorang raja nak pakai baju emas. Tukang jahit dia ukur baju dan design tuk Raja. Tapi tak kena lak saiz and design dengan Raja. Raja murka tapi tukang jahit tuh cakap “baju emas nih susah nak customize lepas dah siap nih. Kalo raja nak nampak lawa raja bongkok laaa ikut design baju nih”. – baju mahal tak semesti nya berbaloi utk dipakai, anda mungkin mengalami sakit tulang belakang utk kelihatan cantik -
Komuter…nih bizniz ker aper nih??
Hm 2 tahun aku keje kl. Dalam software development only 1 thing constant, CHANGES. Tapi utk KTM, hanya gambar mampu menafsirkan betapa sengsaranya aku selama nih.
Aku dari shah alam. Kalo amik train kul 745 ke atas, dalam tangan ader jer train cancel ke arah sentul. WTF!! Aku dok perhatikan dalam masa 3 minggu nih makin menjadi2 lak. Pasal tuh aku lebih suka drive skang nih walaupun perit bayar minyak and tol NPE.
Aku tak tahu camner orang2 komuter nih buat bizniz. Takde ker player train lain yang aku leh pakai selain malaun sekor nih kalo dari shah alam?? Komuter bernasib baik pasal KTM jer.
Gambar nih aku cekau dari google. Maaf kepada owner. Sy mempergunakan gambar ini utk tujuan baik. Cuba laa korang komuter belajar dari Singapore camner system public transport dia.
Aku sentiasa mendoakan korang semoga bungkus bila setiap train aku di delay dan juga di cancel. Keje pun cam tak keje.






