A JeDi Journey (there is no certainty, only opportunity)

yesterday padawan will become tommorow jedi

Posts Tagged ‘wedding

gd sudah kawin..dan jemputan banyak lagi mendatang

with one comment

Ari nih gd kawin bersama pasangan dia. Meriah majlis dia cuma gd nampak lain pulak ari nih. P’puan kalo lepas kena make up memang lain laa muka dia kena lak time kawin. Ok laa pujian utk Gd, cantik…macam bella dalam citer bella yang sedang disiarkan di tv3 setiap petang hehehe. Bulu mata dia…perghh mantap. Sebelum aku balik aku pesan dengan Gd and hubby yang aku ader tinggalkan alarm clock pada hadiah mrk. Yang akan berbunyi kul 1 pagi hahaha. Padahal takde pun sajer nak kaco mrk.

So jumpa ader bebudak network course Gd. Mrk pun mengambil peluang menjemput aku bersama pasangan datang ke majlis mrk. Aku ok jer takde masalah. Memeriahkan majlis orang mulia tuh.

Then datang pulak sorang kawan aku time kat TIPD. Ida bersama pasangan dia yang nama dia hampir serupa bestfriend aku kat tipd. Dah lama tak jumpa minah nih. Aku dengan dia nih selamba jer kalo cakap memang takde insuran nyawa. Dia kutuk aku umur 25 tak paham pasal kawin( tak matang kot). Aku lak gelakkan orang p’puan umur 25 meroyan nak kawin, takut terlewat kena monopause kot hahaha or maybe takut tak laku saham jatuh mendadak after that. Memang nampak dia bahagia dengan pasangan dia. Nampak yang pasangan dia matured, tempat dia leh bergantung. Tuh kot kelebihan utama bakal suami dia.

Written by peysal

May 4, 2008 at 8:27 am

Posted in life

Tagged with , ,

kak ngah kawin bah 2

with 2 comments

Aku terserempak dengan cobain aka mamat yang panjat everest dari UiTM dulu tuh. Nak pendekkan citer awek aku best friend and course mate dengan awek dia. Skang si cobain nih baru balik dari ekspedisi keliling dunia naik basikal tak silap aku.

Paling menarik bila aku utarakan persoalan, “kenapa gov lebih promote syed muzaffar dari ekspedisi ko?”. Dan dia pun jawab mainly because of costing. Aku just senyum jer coz aku rasa nak anta orang ke angkasa raya lagi membazir duit rakyat. Tapi let bygone be bygone. Tapi cobain nih cakap bukan senang gak nak jadi angkasawan. Dia cakap si syed muzaffar nih terpaksa buang segala gigi dia yang kena tampal. Coz antara syarat angkasawan takleh ader gigi bertampal.

Tah aper significant takleh gigi bertampal aku tak tanya pulak. Tapi takat pengorbanan antara cabut gigi bertampal dengan duit rakyat berjuta yang hangus. Aku rasa the later one lagi important.

Written by peysal

April 8, 2008 at 2:19 am

Posted in life

Tagged with ,

kak ngah dah kawin

with 4 comments

Semalam awek akak aku yakni dipanggil kak ngah telah berkahwin. Pasangan tersebut akad nikah on last saturday and the next day sanding. Aku pun tumpang sekaki datang on both day. Melainkan on saturday tuh aku just datang tapi tak ader keberanian utk masuk umah. Dengan segala sanak sedara awek aku ader, dan aku tidak mengenali saper yang ader time tuh. Aku rasa agak janggal kalo aku selamba datang. Takkan aku nak cakap

  • Hi uncle, saya nih bf adik pengantin p’puan. Saya datang nih nak berkenalan dengan semua yang ader.
  • Assalamualaikum pakcik, saya nih sebenarnya bakal menantu no 3 tuan kepada rumah ini. Maka dengan ini saya ingin mendapatkan soalan bocor semasa proses akad nikah.
  • Aper khabar, saya nih takde related mana2 belah pengantin lelaki mahupun p’puan. Sy nih kira macam pemerhati bebas sebenarnya. Dijemput khas oleh pengapit pengantin p’puan.

So bukan salah aku laa tak datang on that day. Adakah anda paham masalah saya on that day?

On sunday aku datang majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Awek aku asalnya muka ketat, marah lagi sebab incident semalam. Tapi then after a while dia ok jer. So aku pun melepak laa sana sampai midnite. Teman pengantin bukak hadiah semua. Just nak survey utk wedding kawan2 aku akan datang. Dan juga wedding aku nanti.

Time nih jugak aku berdepan dengan hakikat AWK tak dapat mencapai tahap scripting yang aku nak. Terpk time tengah makan dengan ayah awek aku.

Written by peysal

April 7, 2008 at 8:43 am

Posted in life

Tagged with ,