Skip navigation

Wow…hampir 2 tahun aku kat sini rupanya. Initial target, macam nak selamanya dengan company nih. Nak tahu aper sebabnya?

  • colleague n environment terbaik. Semua sporting, sekepala n takde main politik dalam keje
  • office design moden wehh. Siap ada wii n pool room lagi
  • para manager( nih yang aku kenal jer laa ) yang memahami masalah orang bawahan
  • gaji..ok n benefit pun komprehensif
  • work life balance. Flexiable working hour. Staff digalakkan balik 530

Pasal nih aku selalu cakap dengan kekawan office pasal ‘sumpah setia dulu kini n selamanya’. Setahu aku takde company kat mesia nih yang camnih.

So ada berani bertukar angin? Pernah baca buku ‘who moved my cheese’ ?

Jumaat lepas, tamatnya secara rasminya tamatnya iteration 2. Aku rasa the last 2 sprint nih worth mentioning pasal buat julung kalinya aku rasa aku jumpa problem yang sangat menarik setelah setahun keje bersama ExP.

Untuk sebab2 tertentu, aku takkan bercerita pasal the whole architecture on how our new system being implemented. Yelah takut masuk jail kan. Lagipun aku takde masa nak explore abis-abisan.

So problem nih gini:

Kami nak scripting language ( or DSL ) yang leh digunakan utk mengawal UI behaviour utk editor ini

Angan2 aku kononnya nak buat begini:

  • Groovy buat DSL sendiri. ( aku rasa effort dia banyak jugak nih )
  • Pakai Spring Expression ( less effort compare yang atas nih, tapi kena pakai spring 3.X above jer )
  • antrl. ( effort super melampau )
  • Reuse Scripting yg ader. ( custom made yang ko main tikam jer cara pakai dia )

So pendekkan citer end up pakai option terakhir sekali. Member aku sorang cater utk parsing operation, aku pulak cater utk processing dia. Dan aku sepanjang 2 sprint nih aku belajar secara hard way yang:

  • art VS craft – ( good code aka elegant vs functional code aka ugly )
  • maintenance VS deliverable
  • individual VS team

 

Issue no 1: art VS craft

Coding horror ko baca. Pragmatic programmer ko dah hafal intipati dia. Tapi ko end up wrote code yang tak lawa. Sebab aper aku cakap tak lawa? pasal sorang senior aku tak paham aper aku cuba buat dengan code aku.

Tapi masalahnya, dengan limitation time yg sangat sedikit. Aku takde masa nak pk camner nak buat code tuh super elegant. Aku still rasa ugly code buat functional lebih berguna from BUSINESS side of view. Aku bukan buat alasan kat sini. Tapi as far the BUSINESS concern, ur code is just a code. And since ko write CODE FOR THE BUSINESS, functionality is something yang BUSINESS NAK.

Issue number 2: maintenance VS deliverable

Ko buat code yang programmer lain leh paham, tapi tak jalan. Ko rasa product owner (PO) ko terasa nak cium ko tak? Or ko buat code yang orang lain leh paham tapi kena pk and keje keras, tapi benda berfungsi and PO leh evaluate.

Issue number 3: team VS individual

Ko mesti rasa malu kan kalo orang lain tak paham code ko? Aku giler babeng rasa malu. Tapi ko nak tahu aper lagi memalukan? Kalo ko takleh deliver FUNCTIONALITY. Pasal benda nih leh affect KPI/reputasi team ko. Takkan ko nak drag the whole team semata2 ego/kesukaan ko?

 

Aku tak cakap aper aku tulis kat atas adalah semuanya betul. Cuma as reminder pada diri aku jer. Secara technology wise kat tempat keje aku skang nih memang aku akan bertambah lemau. Tapi on the bright side, exposure on the process mematangkan aku. Which something yang datang dengan pengalaman.

last-sprint of this iteration

 

Post aku kali nih aku tujukan pada junior2 tempat keje aku. Dengan harapan akan bertambahnya motivasi diri utk bekerja.

Untuk makluman sesaper, ingin aku tekankan aperkah intipati utama menajadi developer:

  1. Tahap curious yang melampau.
  2. Tak reti nak give up. Tapi tahu when to stop
  3. Malas tapi tapi rajin
  4. tahu berkomunikasi

Kalo korang perasan, point no 2 and 3 adalah contradict. Tapi tuh laa hakikat dalam software developement. Aku akan explain point2 di atas dengan panjang jelar jika dipinta.

Aku memang bukan seorang developer yang bagus kot. Tapi aku nampak dengan gaya jr aku skang, akan ramai tergolek di tengah jalan. Kalo boleh aku taknak laa ader jr aku yang terpeleot di tengah jalan.

Aku rasa jr2 skang nih sangat bertuah, dan kalo boleh aku nak mrk fully utilized peluang yang ader. Kalo success pun, mrk jugak senang. Aku tak dapat pape pun. Cuma ader laa amal sikit sebagai bekalan di kemudian hari.

Aku sangat yakin dengan mengajar, kita akan dapat lebih banyak ilmu. Sangat menarik perkara ini. Dulu aku malas nak ngajar orang, pasal aku selalu rasa diri ini tak layak. Tapi disebabkan incident yg telah aku ketahui dari rakan keje, aku ambil keputusan utk ngajar 2 budak fresh pasal programming.

Cabaran utama adalah nak start dari mana? Adakah perlu aku terangkan syntax? Adakah perlu aku lemaskan mrk dengan best practices in programming? Atau adakah perlu aku mula dengan OOP konsep?

Aku amik keputusan dengan start with OOP concept. Memodelkan masalah kepada OOP konsep adalah sesuatu yang payah. Skang nih aku cuba beri penekanan pada attribute dan juga behaviour dalam class. Nampaknya mrk berjaya serap walau tak sepenuhnya.

Antara sebab aku mengajar adalah utk improve way to communicate intend.

Logik aku adalah, code yang aku tulis sepatutnya difahami oleh newly joined person. Kalo tak code aku bukanlah simple lagi highly cohesion spt disangka. So dengan mengajar, aku harap aku leh dapat memahami cara menulis code sesimple boleh.

Aku tak dapat bayangkan bagaimana seorang senior boleh mempertikaikan kemampuan newly joined yang tidak tahu menahu pasal design pattern. Setahu aku kebaikan design pattern adalah supaya kita ada common understanding between developer. Tapi dengan mempertikaikan, bukan sahaja newly joined akan rasa kecewa malah silap hb malah mengurangkan teamwork. Tak guna juga kalo design pattern ditulis tidak difahami oleh developer lain.

Aku rasa kita dah biasa dengar orang2 tua kita cakap:

  • jadi engineer
  • jadi doctor
  • jadi arkitek
  • jadi businessman
  • jadi tah aper2 lagi laa

So ader pattern kepada kenapa orang tua kita cakap camtuh. Antaranya:

  • nak kita lagi success dari mrk
  • nak kita hidup senang
  • nak hidup kita ader pendapatan stabil
  • and so on yang aku lupa nak cakap

Aku memang minat sangat ngk national geographic kat astro. Antara favorite host aku adalah dr brady barr. Aku tak dapat bayangkan camner ekspresi parent dia bila dapat tahu scope keje anak dia. Tapi tak dapat dinafikan mental state and exposure antara orang kita dan mrk amatlah berbeza. Sebab utama beza kenapa barat lebih success dari kita pasal mrk lebih kepada sifat adventurous. And kita lebih kepada stability and jaga periuk nasi sendiri. Heh cam langit and bumi.

Camner agaknya generasi akan datang di bumi mesia nih agaknya? Adakah mrk akan didik oleh kita dengan conventional wisdom dalam mencarik kerjaya( spt kita )? Ataupun adakah akan ader paradigm shift?

Dulu masa zaman aku muda2 dulu, aku belajar punya course mainly pasal networking. Then that time biasa laa student kan, tak mampu nak beli buku original. Yelah, 1 buku mau around RM 150 – RM 200 . Typical price for it book I guess. So ramai laa budak yang fotokopi buku pasal nak jimat coz. Biasa laa, student bukan tolak cukai pun kalo beli buku original. Alaa budak2 nak beli buku nih bukan pasal nak belajar pun kot, semua pasal nak score dalam exam. So berbaloi ker beli buku tuh?

Ok time aku keje pulak. Zaman yang femes dengan ebook. Ko carik laa title pape kat google semua akan kuar dia punya ebook version. Tapi title mutiara yang hilang tak pulak aku jumpa ebooknya hehe. Anyway nak jimat coz, maka aku pun print laa chapter mana aku rasa perlu. Zaman nih dah takde exam. So sebab di atas not applicable for me.

Masa aku kat ex company aku sblm nih, aku ader lebihan duit utk aku rembat buku almost everymonth. Sebab aku rasa cam tak baper molek asik nak print buku jer. Yelah sebagai tanda aku menyokong industry IT. Kesian mamat2 yang karang buku tuh siang dan malam. Aku tak tahu kenapa, tapi bila aku pegang buku aku terasa diri aku lebih pandai. And bila aku abis baca cam aku rasa dah pandai sikit.

Aku akan print mana2 chapter dalam ebook yang aku rasa relevan. And kalo aku rasa buku tuh molek maka aku akan beli buku tersebut. So marilah kita menyokong industry kita dengan membeli yang original. Maybe berkat dia lebih kuat kot.

Tajuk aku kali nih sangat laa mudah. Ramai orang perhatikan aku nih cam giler babi tak suka orang keje gov. Since hari tuh wedding sorang sahabat, aku rasa macam tak manis pulak nak berdebat kat situ.

BRAND….atau jenama. Setiap kita mempunyainya. And same goes with the organization that we work for. So katakan sy keje dengan 1 company it nih, kalo orang cakap company nih tak bagus maka sy sendiri pun akan terpalit sama. Walaupun ramai akan pertikaikan cakap, “alaa tuh company bukan aku” tetapi haruslah kita ingat bahawa “gabungan kerjasama individu yang akan memandu sesebuah oraganisasi”.

So aku perhatikan, ader ini sebuah organisasi yang govern negara aku. Kita namakan organisasi ini sebagai G. Maka ramai lah sahabat sy bekerja dengan G ( dari yang membuat polisi sampai laa ke bidang pendidikan ). G nih banyak tau fungsinya. Tak perlu laa aku sebut sebab aku tahu ramai pembaca blog aku nih leh pk sendiri. Aperkah penunjuk aras kejayaan G pada masa kini?

  • FDI?
  • Jumlah investment kuar dari negara sy?
  • banyak lagi tapi sy tak terpk laa..nanti sy research lagi yer

So kalo G gagal dengan task diatas, maka adakah salah utk seseorang spt sy berasa tak suka? tak salah kan? Sebab sy sangat laa tertekan disebabkan coz hidup yang makin meningkat. GST dan minyak yang pasti akan naik nak cover loop hole kat atas nih. Bila aku nengok kawan aku keje dalam G, yang aku nampak adalah COST….and bukan PROFIT.

Dalam 2 bulan kebelakangan ini, process cost cutting berlaku dalam ex company aku. Its understandable. Tapi utk kes G? alahai…

Korang paham ker aper aku bebel nih?

So jodoh aku dengan company skang baru berakhir semalam. Aku mengambil keputusan sudah masa utk berhijrah. Kiranya nih lah 1st time aku join company MNC. Sebelum nih aku dah pernah join company local dan juga GLC.

Secara jujur aku rasa aper yang terbaik di L adalah environment dia. People power. Ko ader boss technical yang sangat memahami. Nih bukan cam pointy haired boss macam dalam dilbert. Lagi 1, aku rasa myth pasal racist dalam MNC adalah salah sama sekali. All level of poeple will be treated the same.

Di company nih laa aku belajar pasal buat web aps from scratch. Pengalaman yang sangat berharga, dan aku amat berterima kasih kerana diberi kepercayaan. Maybe pada pendapat sesetengah orang rasa “alaa aper sangat laa webaps, berlambak skang orang write webaps”. Cuma webaps utk dunia keparat kena pulak yang financial institution adalah sangat berbeda.

Selain tersebut, pengalaman card processing ( ISO 8582 ) utk projek oil and gas sangat laa membuka mata aku. Tak pernah dalam hidup aku melihat sebegitu banyak integration between system dan juga POS ( nih bukan pos mesia laa ). Malang sekali peluang utk pergi ke uk buat projek nih melibatkan ikatan. Sangat sedih. Ingatkan sekali jer dah cukup.

Overall aku sangat laa gembira di L. Kalo ader individu mau bekerja di L memang aku sangat sarankan mrk pergi. U will feel at home in no time.

Ohh sebab aper aku blah dari L? Offer lagi bagus dari company lain, tuh jer. Takder laa sampai riban2 pun, tapi cukup kot nak tampung kenaikan harga barang utk setahun nih akibat GST and minyak. So dah tahu nak salahkan saper?

Jawapan aku mudah saja….bz laa takde sebab lain. System nak live nationwide. Bugs fixing. CR lagi.

Memang otak ko takde idea details nak ngarut aper dalam blog. Lagipun aku ader twitter and friendfeed. Rasa lagi mudah pakai benda alah tuh.

Cuma pasni aku nak bebel pasal:

  • pengalaman keje aku selama nih 1 tahun 5 bulan
  • menjawab sebab kenapa aku tak suka gov servant ( aku rasa ikram ader sebut kot time wedding nadia )
  • Oh yer…pasal groovy. Nak compare dengan testing dalam java
  • and pasal grails

berbalik kepad last post aku beberapa bulan yang lepas. Aku ader membebel pasal ketuanan SAP ( System Ader Problem ). So setelah 2 tahun, persepsi aku pada SAP telah berubah. Biasa laa masa 2 tahun lepas tuh aku berdarah panas. Rasa bengang coz time tuh Java development dianggap kasta bawahan di organisasi tersebut ( tuh pasal aku blah ).

So dari aper aku paham pasal SAP. System Ader Problem nih sebenarnya adalah ERP ( Enterprise Resource Planning ). Consisting banyak module dari HR, FO, FI SD and banyak lagi. Setelah beberapa tahun menganalisa, module fames dari SAP memang bagus utk company yg business operationnya ALIGN dengan aper SAP buat. Kalo tak ALIGN tuh mrk try customize pakai configuration FUNCTIONAL and lastly code pakai ABAP.

So since persepsi aku skang dah berubah pasal SAP, so takkan nak panggil System Ader Problem. Meh laa aku tukar kepada nama yg lagi sesuai:

System Ader Pengeras

Alasannya mudah jer. Anda kena invest banyak duit nak pakai benda alah nih. And gaji orang2 dalam SAP adalah besar. Aku pun galakkan kawan aku amik sijil SAP. Saper nak kaya amik laa SAP.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.